Hadiah Latihan Persekutuan
Aplikasi ePermohonanHLP (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), adalah aplikasi yang dibangunkan untuk membantu penjawat awam melaksanakan urusan Semakan Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Aplikasi ini membolehkan penjawat awam (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") membuat semakan status permohonan HLP, semakan urusan temuduga, dan keputusan permohonan.
Aplikasi ePermohonanHLP dimiliki dan dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store dan GAMMA. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
JPA (“kami”) faham bahawa Dasar Privasi merupakan perkara penting dan memandang serius ke atas privasi anda. Sehubungan itu, ruangan ini akan memberikan informasi lebih lanjut mengenai dasar privasi ini dan polisi ini akan sentiasa dikemas kini.
Pihak kami tidak akan menyebarkan maklumat identifikasi pengguna kepada mana-mana pihak atau agensi awam. Pihak kami akan berkongsi maklumat identifikasi pengguna kepada mana-mana pihak atau agensi awam apabila; Mendapat kebenaran berbuat demikian. Dikehendaki berbuat demikian atas perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau Pihak JPA mendapati tindakan pengguna Aplikasi ini melanggar mana-mana garis panduan penggunaan, peraturan atau terma dan syarat berkenaan yang lain dan/atau tambahan, atau syarat-syarat perkhidmatan khusus.
Sebarang maklumat berkaitan pengguna tidak akan disebarkan sama sekali kepada mana-mana pihak. Maklumat asas pengguna semasa proses pendaftaran akan disemak silang (cross check) dengan kewujudan rekod pengguna di dalam pangkalan data HRMIS dan segala maklumat pengguna di dalam aplikasi ini adalah mengikut kepatuhan empat (4) komponen asas keselamatan IT di dalam Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.0 (Disember 2020) iaitu :-
Data Peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna. Data in transit disulitkan dan data rest disimpan dalam pelayan dengan ciri keselamatan yang tinggi.
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, ia akan dikemas kini di halaman ini.